Follow Dashboard
Best x??

TITLE; I will Love JM ! :)
Sunday, 10 June 2012 | Sunday, June 10, 2012 | 0 comments
Assalammualaikum pepolss ^_^v 
Apa kabar anda anda semua?harapnya sihat sahaja yaa.I'm fine here *macam jak ada org tanya kan? hahhaha( malu bashal)  
Hari ni tangan gatal sikit nak update pasal my new life yang akan bermula 2 Julai ini InsyaAllah~ biarpun NEW life itu xla vouge sangat,setakat sijil saja,x lawan diploma degree etc tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan apa yang telah ditakdirkan untuk aku.hehe. Nanti boleh sambung belajar jugak kalau dah ada kerja,InsyaAllah. Okay okay,mula dengan kehidupan baru yang aku maksudkan tuh kan, sebenarnya pasal Jururawat Masyarakat aku ^_^. Alhamdulillah,2 Julai ni aku akan melapor diri kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu. 

Berikut adalah gambar surat untuk melapor diri, Sorry la sebab senget . haha!

Maksudnya aku ada kurang dari sebulan lagik untuk melaporkan diri aku ke sana dan meninggalkan famili aku dekat sini. Hurm.Aku sedih jugak tapi untuk masa depan aku juga kan? kenalah berkorban jadi xjugak menyesal nanti kan. Okay, aku nak cerita sikit boleh kan? hehe . Sebenarnya,banyak benda telah aku pelajari sepanjang 1 tahun lebih xbelajar, aku kerja ok! banyak kerja aku cuba dan banyak pengalaman yang aku dapat. Bermula dengan salesgirl dekat kedai potostate, dari xpandai copy kertas guna mesin khas potostate kepada pandai dan tahu selok belok pasal jenis kertas yang bagus dan tak bagus. Aku belajar jugak buat buku dengan cara yang paling kemas dan banyak lagilah~  lepas dari situ, aku teruskan kerjaya aku dekat Giant Sandakan sebagai Cashier Kontrak sebab gajinya lumayan, apa lagik .. laju lah aku nak p temuduga dengan kawan aku c Yusnisah atau Son2 .hehe. Kami diterima bekerja dan ada kontrak selama sebulan. Dekat sini pula aku belajar jadi seorang juruwang,hehehe (aku memang minat bab pasal kira2 ni,dari dulu bercita-cita nak jadi akauntan tapi terkubur masa pindah sekolah form4) -->sabarlah! =(
Sambung cerita, masa kerja kat sanalah aku merasa pulang lewat malam dari kerja, memang cabaranlah wehh. Tambahan lagik berhadapan dengan karena2 pelanggan yang kadang menyakitkan hati tapi semua tuh aku ambil sebagai penguat semangat aku di hari mendatang. ^_^v. Lepas abis kontrak dekat Giant, aku rest dari bekerja selama sebulan dan aku mula menyambung kembali kerja aku tuh semasa aku kat Keningau,hehe. Aku kerja sebagai Salesgirl kat sebuah kedai alat2 buku,buat cop,buat nametag yang baru jek beroperasi. Aku ada sorang je partner kat sana,namanya Lily dan kami sangat rapat! :D kalau bos keluar,mulalah kami buat kerja bodoh like dengar lagu,makan,tidur. haha ! (shhh,jangan bising okay! ) pecah rahsia kami nanti. hehe, Namun begitu, bos aku sportinggg tau~ aku sayang dia, bos aku perempuan ye.hehe.Aku kerja kat sana sebulan jek, xlama sebab aku kena pulang Sandakan untuk Temuduga Jururawat masyarakat. hehe. Sementara menunggu aku sempat menjadi pekerja pertama dekat kedai perabot Vesta Furniture, wow ! besttnyaaa jadi pekerja pertama ni tapi siksa jugak okay sebab banyak kerja kena buat cuma itulah kita ada kelebihan berbanding pekerja2 baru. hehe.Tak lama jugak aku kerja kat situ, palinglah sekejap, 2 Minggu jak sebab pulang Jam9 malam,xda yang sudi nak ambil aku kat tempat kerja lewat malam macam tuh. Terpaksalah aku berhenti dan mencari kerja kat tempat lain, Kali ni aku dapat yang okay sikit, aku jadi kerani kat syarikat Insurans. Wahh! pengalaman baru lagik , I Like ! Banyak benda baru yang aku belajarrr dan belajar seterusnya mematangkan aku sebagai sorang manusia biasa yang kena berusaha untuk kesenangan diri sendiri dan jugak keluarga . Paling lama aku kerja kat bahagian Insurans tuh, aku berhenti pun sebab aku dapat offer masuk JM di bwah Kementerian kesihatan Malaysia. Alhamdulillah~ setelah lama aku tunggu, akhirnya aku berjaya jugak kan. Aku bersyukur sangat2 masa dapat surat tawaran sehinggan keluar airmata ni tau =( *gembira betul masa tuh.Hanya Allah swt yang tahu tahap kegembiraan aku masa tuh. Akhirnyaa aku bisa merasai belajar semula tapi kali ni bukan kena panggil belajar tapi latihan untuk menjadi sebagai Jururawat Masyarakat.Hehe. Alhamdulillah Syukur Ya Allah ^_^. 
Sijil STPM aku kena simpan dululahh kan~ jadikan perhiasan . haha. Apapun aku sudah sedia untuk memulakan latihan Tuan ! haha 
Purple ! I Love purple,memang ada jodoh dengan warna ungu ni , hikhikhik *

Setakat itu sajalah cerita aku yang tak seberapa menarik.. hehe. Sekarang ni aku buzy beli peralatan2 yang perlu untuk kat Kolej nanti.Nasiblah aku pernah tinggal asrama dulu,so xjadi masalah dah bagi aku pasal benda2 yang nak dibawah masa tinggal kat Kolej nanti sebab dah ada pengalaman .Makanya PENGALAMAN itu memang penting untuk kita okay . Siapa yang ckp xpnting,aku no komenlah.haha, yang penting aku hepi . 
Nway,seperti tajuk entry aku hari ni. Aku akan cuba buat yang terbaik masa latihan nanti, InsyaAllah! Aku akan belajar sayang kerjaya aku and aku akan simpan dalam hatiku 'I will Love JM! ' hehe~okaylah ols,tangan aku sudah penat menari di atas keyboard lappy ini. Aku kena stop kat sini, lain hari jumpa lagik okay, InsyaAllah! Assalammualaikum :)


p/s : Mencari pengalaman bukan sesuatu kerugian dan bukan sesuatu yang memalukan.Sebaliknya pengalaman itulah yang memberi kita suatu kelebihan dan membantu kita untuk menghadapi segala manis pahit hidup di masa akan datang ^_^ peace .. 


Old things | New things