TITLE; Rindu belog saya
Thursday, 10 May 2012 | Thursday, May 10, 2012 | 0 comments
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia pepols ^_^v
Long time to see yaa . Aku agak buzy dengan aktiviti seharian aku sejak resign kerja tempoh hari. hehehe . Buzy bukan sebab pa, buzy g2 jak pun. haha. Ada masa juga boleh update blog kesayangan aku ni tapi blurrrr pulak nak update pa , otak I dah blank -_______-' huh !
Okay , aku memang rindu gila dengan belog aku ni. So, malam ni aku agak ringan hati nak kongsi pasal kelebihan hari khamis , wink2 ^_^ .
Korang tahu tak yang hari Khamis ni adalah masa untuk orang belajar dan melatih ilmu2 batin , spiritual dan yang sewaktu denganny? Hari Khamis dan Jumaat adalah hari yang sangat tepat untuk semua tuh okay. kalau nak lebih info , baca kat bawah ni yea :)
Hari Khamis ialah hari yang sangat istimewa bagi orang yang sedang melatih atau belajar ilmu batin, spiritual, dan sebagainya. Hari Khamis sehingga Jumaat sangat sesuai untuk membuat meditasi, yoga, ritual, sembahyang atau untuk melakukan sesuatu yang berkaitan dengan spiritual, Laduni, Ilmu batin, Ilmu putih dan sebagainya.
Setiap hari dijajah dan dikawal oleh salah sebuah planet. Hari Khamis sangat istimewa kerana ia datang di bawah jajahan planet Jupiter pada hari tersebut. Planet Jupiter dapat membantu menambahkan energy spiritual, reiki, Ci dan sebagainya. Malam Jumaat atau sebelah malam pada hari Khamis sangat berkuasa dan istimewa kerana pada lingkungan masa itu manusia dapat dua kali ganda kuasa iaitu kuasa atau energi dari Planet Jupiter dan Bulan. Dengan bantuan Bulan manusia dapat menggunakan sepenuhnya kuasa dari planet Jupiter dan kuasa dalaman diri sendiri.
Chakra kedua kita yang digelar navel, sacral atau Svadhisthana yang lebih aktif pada hari Khamis menyebabkan keinginan dan nafsu syahwat bertambah pada hari Khamis. Sebab inilah kaum lelaki lebih tinggi nafsu syahwatnya pada hari Khamis malam Jumaat. Apabila chakra tersebut sangat aktif ia akan menambahkan keinginan seks, cinta dan kasih sayang. Chakra tersebut juga dapat membantu kita berhubung dengan alam ghaib, alam roh dan dengan semesta alam. Petang dan malam hari Khamis sangat sesuai untuk melakukan upacara keagamaan, upacara penghalauan makhluk halus atau untuk menghalau jin, roh, makhluk halus dan sebagainya.
Bagi orang yang sedang belajar ilmu laduni, spiritual, meditasi, reiki, ci dan sebaginya; Petang dan malam Jumaat sangat sesuai untuk melatih kerana energy dalam badan kita akan bertambah dan berpotensi tinggi. Bagi orang Islam pula malam Jumaat sangat sesuai untuk melakukan zikir, sembahyang sunat, sembahyang hajat dan ibadah – ibadah lain.
Sumber : rahsiaalam.com
Kat sana banyak info2 yang menarik untuk menambah pengetahuan kita bersama . Tak salahkan jika saya mahu kongsi info sikit2 ? hehe ~
Baiklah kawan2 semua , rasanya itu saja yang boleh aku share malam ni.Terima kasih sebab sudi berkunjung ya . Lain kali datanglah lagi ~ Jangan lupa baca Yassin malam ni yea ^_^ Salam ..
Adios , Amigos , Pye-pye!
Labels: Info