Follow Dashboard
Best x??

TITLE; Fakta Menarik mengenai kucing & Kisah kucing Dan ISLAM
Thursday 8 March 2012 | Thursday, March 08, 2012 | 3 comments
Assalammualaikum dan salam Jumaat semua ^^

Di hari yang agak mendung terdetik hati untuk mengetahui lebih lanjut pasal kucing. First aku tengoklah gambar-gambar kucing dekat Facebook tadi then lepas tuh tiba-tiba teringin pula cari fakta pasal Kucing ni. hihi. Serius, dari aku kecik lagi --> KUCING lah haiwan paling aku suka,sayang dan haiwan peliharaan pertama aku. hehhe..tapi sekarang ni aku tiada kucing dah sebab kucing aku hilang entah kemana =.=' . Baiklah, daripada aku berceloteh ntah pa2 kat sini lebih baik aku teruskan dengan tajuk entry aku hari ni ok. 

Jom update blog !


Pertama, aku mulakan dengan kisah KUCING & ISLAM.

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " Kucing itu tidak najis.Ia binatang yang suka berkeliling di rumah ( binatang perumahan)" [ Hadis Riwayat At-Tirmidzi,An-Nasa'i,Abu Dawud dan Ibnu Majah]

Diriwayatkan dan Ali Bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu baginda bersabda, "Ya Anas,tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana."Lalu , Anas menuangkan air.Ketika sudah selesai,Nabi menuju ke bejana.Namun , seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat keadaan itu,Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi pun ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab " Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ai tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shahlih At-Tammar dan ibunya yg menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketikat ia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang solat. Lalu, ai memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah meneylesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ai melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis, Ia Binatang yang berkeliling." 

Seterusnya adalah kisah Muezza atau ( Mu'izza) dikatakan merupakan seekor kucing peliharaan nabi Muhammad yg paling disayanginya. berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga dari tidurnya berikutan suara azan yang memanggil untuk menunaikan solat. tatkala baginda bersedia untuk menyiapkan diri untuk solat dan baginda pun hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atas jubahnya itu. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Muezza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezzah -- > nampak kan betapa sayangnya Nabi kita kepada kucing? ^_^

Sumber :Tekan kat sini ---> Panadol ku


Fakta menarik mengenai KUCING

  1. Kucing rumah boleh tidur selama 14 Jam sehari
  2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukan melampau dgn melilitkan ekornya yg sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya.
  3. Kucing paling kecil di dunia dijumpai di Singapura dan hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814 kg.
  4. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal .
  5. Kebanyakan kucing tidak memiliki bulu mata.
  6. Pada 1800's kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor ditudaskan utk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. 
  7. Kucing mampu selawat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki.
  8. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum , satu lapisan extra yang berugas untuk menyerap cahaya.
  9. Kucing mampu berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa.
  10. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10, 950 jam untuk mengiaw.
 Sumber Info : Klik sini untuk lebih fakta lagi yaa .


alalalaa , Jangan sedih bahhh meoww ..
Senyumm laa Macam ni ^_^



Aku harap suatu hari nanti boleh memiliki kucing sebanyak ni. hehehheee~ (tamak kjap) 


# Menarik kan , aku sangat suka kucing ok! gila kat kucing sebab comel sangat ! hehe .. Jadi hargailah kucing anda , Jangan aniaya kucing tauu .. tak baik ^_^


Labels:



Old things | New things