Follow Dashboard
Best x??

TITLE; Emosi
Thursday, 22 March 2012 | Thursday, March 22, 2012 | 0 comments
Assalammualaikum semua ^_^v
Lama tak jumpa dalam laman blog ni kan? hehee ~ aku pun rindu sudah mahu update blog aku yg semakin berhabuk2 ni. Hari ni dengan senang hati ,aku nak kongsi sesuatu dengan korang semua . Bagi aku sesuatu yang memang penting juga sebab semua orang mesti pernah melaluinya.Nak tahu apa? teruskan membaca okay :)

EMOSI? apa tuh? haaa ~ Mari aku terangkan dengan lebih detail lagi okay. Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian.Emosi selalunya dapat ditujukan ketika merasai senang akan sesuatu,marah kepada seseorang ataupun takut kepada sesuatu. Sambungannyaa.. klik kat sini ^_^v

Baiklaa , sebenarnya tujuan utama Ers update blog hari ni bukan hanya nak gtau tuh jaa tapi nak kongsi something yg Ers baca semalam. hehehe. Tak payah tunggu lagi, jom kita terjahhhhh !!



7 Cara memujuk rakan atau sesiapa sahaja yang tengah dikuasai oleh perasaan EMO . 

1. MENGAMBIL WUDUK
* Kita ajakla rakan kita yg sedang emo utk sama2 mengambil wuduk.Sambil memujuk,kita katakan bahawa air basahan wuduk boleh menyejukkan hati yang tengah lara ( Huh, sadisss). Dengan Syarat, kita IKHLAS.

2. MENULIS SESUATU YG POSITIF
* Berikan dia beberapa helai kertas dan pen atau pensel.Kemudian katakan kepadanya supaya menulis apa yg dicita-citakan di atas kertas tersebut.Sambil itu,kita katakan bahawa tulisan yg baik dan positif boleh meransang fikiran ke arah yg lebih baik.

3. MEMUJINYA DENGAN SEADANYA
* kita duduk di hadapannya sambil memerhatikan wajahnya.Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yg bijak dan cantik.Alangkah baiknya kalau kebijakan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kpd Allah.Dgn itu nanti,dengan izin Allah, Allah akan cantikkan hati kita dgn ketenangan dalam semua hal.

4. TUNJUKKAN KASIH SAYANG
*Tanya dia kalau hendakkan sesuatu seperti --> mahu makan apa?nak minum apa? nak membaca apa? nak menonton apa? apa-apa saja asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat.Kalau boleh, lakukannya bersama-sama.

5. BERBUAL-BUAL DAN BERADA DISAMPING
*Jgn biarkan rakan emo kita bersendirian atau melakukan apa-apa sahaja seorang diri.Kita mesti turut serta.Sebaik-baiknya biarlah kita berbual-bual dengannya tentang sesuatu yg menggembirakan, tapi jgn sesekali kita melayan cerita emosinya.Berbuallah tentang sesuatu yg menyenangkan minda ^^.

6. MEMINTA MAAF
* Ringankan lidah untuk meminta maaf andainya kita yg menyebabkan rakan emo kita menjadi begitu.Mengakui kesilapan kita walaupun bukan kita yg memulakannya.Katakan padanya bahawa kita merindui persahabatan yg terjalin sebelum ini.

7. PERLIHATKA KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM.
* Jika rakan emo kita sorang yg degil,kita cari sesorang yg rapat dgnnya utk memujuk,spt adik beradiknya atau kwn karibnya atau gurunya atau pun sesiapa saja yg kita lihat berpotensi utk menenangkan rakan emo kita tuh.Tapi ingat, sesorang yg rapat dengannya itu biarlah yg mempunyai pegangan agama yg baik.Kalau sebaliknya,ajaklah guru kaunseling atau ustaz/ustazah bjumpa dgn rakan kita itu. 

Sumber : Majalah Gen-Q




# Kesimpulannya , kita kenalah saling tolong menolong antara satu sama lain terutama sekali dengan orang2 yg kita rapat. Jangan apabila senang , baru nampak kelibat tapi sekali dah susah .. nak sms pun susah? huhu. Bukan nak cakap aku ni baik sangat tapi kita sama-sama muhasabah diri la yaa, aku pun tak sempurna juga, kalau emo pun boleh tahan juga aku ni. haha. So , sama-sama kita amalkannya okay. Tak smestinya Info kat atas tuh untuk kwn kita yg emo saja. Kita pun boleh TRY TEST juga kalau emo kita dah datang . heheh ~ 

Labels:



Old things | New things