Follow Dashboard
Best x??

TITLE; WANITA PERHIASAN DUNIA
Wednesday 28 December 2011 | Wednesday, December 28, 2011 | 3 comments

Assalamualaikum semua. Hari ne aku nak kongsi satu lagu yang best &dapat memberi motivasi dalam hidup kita sebagai seorang wanita. Liriknya sangatlah indah & disebabkan itulah aku ambil keputusan untuk buat lagu ne sebagai lagu blog aku yang semakin berhabuk ne ^_^.
Marilah dengar lagu Wanita by Dehearty & hayatilah liriknya yang akan aku tuliskan kat bawah ne .

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



P/s -->  Berbanggalah kita dilahirkan sebagai seorang wanita , Begitu jugak dengan kaum Adam :)


Old things | New things