TITLE; Berita baik zaman keemasan
Friday, 16 December 2011 | Friday, December 16, 2011 | 0 comments
Hye , Assalammualaikum . Lamanya aku tak jenguk blog aku ne kan? behabuk2 sudah, haha! Bukan apa , aku buzy sikit dengan kerja. Tiap kali nak update,penat pun datang dan idea pun hilang. Hari ne ada masa laa sebab aku free laa ! hehe. okay . tempat korang hujan terus ka? kat Sandakan Tercinta aku ne hujan terus tau. Pakaian pun tak kering2. Pemandangan pun malap terus. Huhu. I Like cuaca macam ne tapi risau jugak kalau berlarutan, takut banjir macam awal tahun 2011 hari tuh. Huuh , aku minta kami semua dijauhkan dari semua tuh r , Amin ~
Hari nie aku just nak kongsi something yang aku dapat daripada note kawan aku semalam , rasanya berguna kalau kena kongsi . Jadi aku kongsilah untuk pembacaan kita bersama-sama ^_^ . Baiklah mari kita terjah !
BERITA BAIK ZAMAN KEEMASAN
- ada khabar gembira buat mereka yang bergelar muslim...
- ada khabar gembira buat rakyat Palestin, Chechnya, Somalia, Kashmir, Turkestan Timur, Bosnia, Kosovo, Tunisia, Ethiopia, Chad, Djibouti, Sudan, Uzbekistan, Afghanistan, Iraq dan Syiria
- di atas merupakan negara-negara islam yang ditindas, tanah dirampas, kelaparan, dipenggal, bayi dan kanak2 dibunuh
- Org islam ramai tetapi sejauh manakah kita bertahan??? ( ALLAH sentiasa bersama kita )
- Di mana hak-hak kemanusiaan yang di suarakan oleh PBB?? mereka hanya tahu menyalahkan negara-negara yang sedang membangun, sedangkan masih banyak lagi di sana yang memerlukan bantuan sama seperti bangsa-bangsa yang kononnya dikatakan bertamadun?? buka dada tanya selera...
Tajuk Buku : Zaman Kegelapan Islam ( Berita Baik Zaman Keemasan )
Penulis : Harun Yahya
Seperti yang telah diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, zaman tersebut akan menjadi seperti sebuah syurga mini. Ia adalah satu rahmat dari Allah kepada manusia yang beriman. Zaman ini yang dipenuhi dengan kemewahan dan keselesaan, yang dirindui oleh umat Islam, akan menjadi satu balasan yang indah di dunia ini kepada mereka yang mengikuti jalan Allah. Semestinya umat Islam yang menyebarkan berita baik ini akan mendapat kemuliaan.
Namun, tanggungjawab beralih dari satu tangan ke satu tangan bersama-sama dengan kemuliaan tersebut. Memandangkan inilah Akhir Zaman, maka semua umat Islam mesti menjadi lebih matang dan berazam untuk melancarkan peperangan-peperangan idea dengan cara yang lebih berkesan dalam menyampaikan berita ini. Situasi umat Islam yang menderita hari demi hari mengingatkan kepada kita tentang tanggungjawab yang harus kita sempurnakan. Adalah mustahil untuk berdiam diri sewaktu mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, yang tidak dapat melakukan banyak perkara, menjadi sasaran peluru-peluru liar pembunuh upahan. Kita juga tidak boleh berdiam diri apabila berjuta-juta manusia hidup dalam keadaan kelaparan dan kemiskinan di kem-kem pelarian dan juga sewaktu sebahagian besar umat Islam sedang didera dan dilayan seperti binatang.
Adalah salah untuk berkata, “Tiada apa yang dapat saya lakukan tentangnya.” Harus diingat bahawa asas kepada kejahatan yang sedang menguasai dunia pada hari ini terletak pada ateisme, dan semua orang boleh melancarkan perang ideologi untuk menentangnya. Memberitahu manusia tentang kewujudan Allah, belajar untuk takutkan-Nya, ingatkan manusia apa yang akan berlaku di Hari Pengadilan nanti dan memberitahu manusia tentang tujuan penciptaan mereka di dunia ini, adalah di antara langkah-langkah penting yang boleh diambil bagi menghentikan segala kejahatan. Jika keadilan, tolong-menolong, kasih-sayang, cinta, semangat berkorban dan saling memaafkan dapat menguasai dunia ini, maka pastilah sebuah dunia yang aman, selamat dan adil akan dapat dikecapi. Itu semua tidak dapat dirasai melainkan semua manusia yang berkesedaran melakukan tindakan proaktif bersama-sama.
Setiap usaha yang dilakukan mesti bertujuan untuk menghapuskan kesan-kesan buruk fahaman ateisme dan seterusnya menggantikannya dengan sesuatu yang lebih positif. Pada masa yang sama juga, ia akan dapat membantu umat Islam hari ini. Perjuangan ini, yang bersandarkan kepada kedamaian, kompromi dan kasih-sayang, akan menyebabkan mereka yang memiliki kesedaran melakukan tindakan dan mencegah mereka yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah menceritakan tentang akibat akhir perjuangan tersebut:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu kerana kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa’, 21:18)
Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah di antara negara-negara yang sudah pun kita bincangkan tentang penderitaan yang mereka hadapi, kebanyakkan daripada mereka sebenarnya pernah menikmati satu zaman yang stabil dan aman suatu ketika dahulu, sewaktu berada di bawah panji pemerintahan Islam. Seperti yang telah lepas, umat Islam memainkan peranan penting dalam menubuhkan kedamaian dan keselamatan yang dirindui oleh manusia sejagat. Zaman yang berikutnya akan menjadi satu kesedaran besar kepada seluruh umat manusia.
Dengan izin Allah, zaman kebangkitan ummah yang ditunggu-tunggu selama ini sedang berada di dalam genggaman.
HARAP DAPAT DIKONGSI SESAMA KITA
sumber : klik sini okayy
p/s : Sharing is caring ^__^ ! Have a nice dayy all..