TITLE; Tips ! Melatih diri untuk sabar & Salam Maal Hijrah :D
Saturday, 26 November 2011 | Saturday, November 26, 2011 | 0 comments
Hari ini saya tergerak hati nak kongsi something dengan korangkorang semua. hehe. Jom kita mula !
Tips melatih diri untuk menjadi seorang yang lebih penyabar ,
1) Sentiasa berfikiran positif dengan apa jua keadaan yang menimpa kita, anggaplah itu adalah Ujian kecil yang Allah berikan kepada kita untuk menjadi lebih matang kelak. Terutama sekali keadaan yang sememangnya buat kita rasa pedih sangat. Paham kan maksud aku? kalau tak paham, p buka kamus sana. hehehhe. :D
2) Perbanyakkan ilmu pengetahuan yaa ~ supaya kita akan lebih mengetahui dan memahami akan kekurangan yang ada dalam diri kita sendiri. Selain itu, kita juga akan sedar yang ilmu kita milliki sekarang masih belum cukup jika dibandingkan dengan orang lain.
3) Sentiasa bergaul dengan orangorang yang tinggi ilmunya dan suka untuk mencari ilmu serta sentiasa ingin belajar.
4) Sentiasa memaafkan kesalahan orang terhadap diri kita dan boleh buat kita marah sangat. Maafkan okay!
Yakin, bahawa setiap manusia ini tidak sempurna dan masing2 mempunyai kekurangan. Tidak rugi jika belajar untuk sentiasa memaafkan orang :D
* sumber : Cik Naurah ( saya tak kenal pun, baca tips dia sikit2 kat internet & Cik Ermah Ers ( saya sendiri ) hee ~
SALAM MAAL HIJRAH 1433 !
Selama ni , orang akan sibuk apabila tibanya tahun baru kan? tapi bukan Tahun Baru Islam laa ~ so, tiada salahnya jika kita pun sibuk jika Tahun baru Islam akan tiba , hehe. Semua mesti tahu kan , esok adalah Maal Hijrah iaitu Tahun baru Islam yang ke 1433 Tahun~ syukur alhamdulillah , akhirnya Tahun Islam sudah masuk yang ke 1433. ^____^
Jadi , semua ! jangan lupa azam anda untuk tahun baru ni okay ! aku pun ada azam jugak tapi mana boleh gtau kat sini kan? biar aku jak yang tahu.hehe.Aku harap sangat aku dapat tunaikan azam aku tu.InsyaAllah~ aku jugak berharap peluang yang aku tunggu tuh akan dapat ku kecapi dan genggam dengan utuh ! amin..
Hayatila kata2 kat atas ni. :)
p/s : Semoga Tahun ini 1433 , akan lebih baik daripada tahun yang lepas. Semoga semua yang telah kita lalui pada tahun2 sebelumnya akan mengajar kita untuk menjadi lebih matang :) Much Love !
Labels: Tips