Follow Dashboard
Best x??

TITLE; Jom muhasabah diri di bulan Yang penuh dengan keberkatan ini ^_^
Monday, 22 August 2011 | Monday, August 22, 2011 | 0 comments
Assalammualaikum semua :)


Hari ne kita dah masuk ke puasa yang ke 23 hari , maksudnya ada 6 hari lagi kita akan meraikan HARI RAYA! Oh yeahhhh ,bestt bestt!Tak sabar rasanya,hehe.Tapi korang tak rasa sedih kah yang ramadhan kali ne dah nak berakhir?huhu.Aku sedih tau..huhu.(Layan perasaan kejap)hehe.
Okay!Sempena bulan ramadhan ne,aku nak bawa korang semua muhasabah diri kejap.Boleh tak?Mesti bolehkan.hehe.Kalau boleh,jom!

Muhasabah diri hari ne taklah rumit sangat,aku just nak kongsi kata2 yang boleh buatkan kita semangat,senyum&yakin dalam menjalani hidup.Hehhehehee~Let's check it out !

  • Kadang-kadang, hal yang menyakitkan sebenarnya mengindahkan. Hal yang menyedihkan sebenarnya mengembirakan. Hal yang menyusahkan sebenarnya menyenangkan. Hal yang merunsingkan sebenarnya menenangkan. Berprasangka baiklah sesama manusia kerana dengan berbuat demikian, kita sebenarnya berprasangka baik dengan Allah. Tiap-tiap yang terjadi pasti ada cerita disebaliknya. Yakin akan hikmah yang tersembunyi.
  • Menguji kesabaran. Menguji keimanan. Hanya mampu tersenyum. Bila sampai masanya nanti, kita semua akan tahu kebenarannya. Sebab hidup tidak selalunya indah. Langit tidak selalu cerah. Suram malam tidak berbintang. Itulah lukisan alam. Begitulah aturan Tuhan
  • Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
  • Sebarkanlah cinta, bahagikanlah cinta, berikanlah cinta kepada sesiapa pun. Kekasih, sahabat, keluarga, dan jangan pernah berharap balasan dari mereka. Biarkan cinta kita berkembang bersama-sama dengan kebahagiaan mereka. Biarkan cinta kita berkembang menjadi cinta-cinta lain yang akan menghujani kita dengan titisan cinta yang tidak terduga dan tidak terhingga.
  sumber : Iluvislam.com (hehe)


Cantik tak kata kata tuh?Semangat korang ada naik sikit tak?Kalau ada bagus! kalau takde,susah sikit tuh.hehe.Terus terang,kata2 ne memang aku copy paste sebab aku suka semua kata2 ne.Buat aku semangat menjalani hidup tau! Saja nak kongsi ngn korang semua :) . Tapi ada kata2 lagi yang best! tapi khas untuk kaum hawa je yaa ~ hehe . Jap2 , aku post..




✿~ Siapakah wanita cantik itu ?


✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah.✔ Dia tersenyum saat tertekan.✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis.✔ Dia tabah saat dihina.✔ Dia mempersona kerana memaafkan.✔ Dia mengasihi tanpa balasan.✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.~> Jadilah wanita cantik itu.

Lawa tak ? hehe , tulah tak percaya .. hehhe! Really like it tau!

Okay now ,aku nak jiwang2 kejap.heheee


Baiklaa,ini adalah paparan gambar semata-mata,hehe.Gambar ne sebenarnya sweet sgt2.Aku teringin jadi macam yang kat gambar ne,Aku yakin!aku dah memiliki lelaki itu :DD.Weeee :) Aku harap kami akan kekal selamanya,amin^_^

Rasanya, aku stop kat sini dulu laa.Kalau aku rajin .Malam nnti aku nak stori lagi.hehhe.Okay guys.Have a nice day yaww ! :DD

p/s : muhasabah diri itu akan membuatkan diri kita bertambah semangat&yakin , jadi kerap2la muhasabah diri yaa.Sambil2 tuh motivasi diri sendiri juga^_^
salam ukhuwah ..

Labels:



Old things | New things